Andai kata wahabi menjadi isu, apakah wahabi?Andai wahai amat teruk,apakah perkara 'buruk' yang Dr Asri lakukan? Pandangan beliau berdasarkan hadis,dan beliau pula arif dalam ilmu hadis,kalau tidak masakan tidak mendapat PhD dalam Pengajian Hadis.
Perkara-perkara mewahabikan orang tidak seharusnya wujud. Mudah, lihatlah dari segi pendapat yang dikeluarkan individu tersebut. Andai kata mengikut Al-Quran dan Sunnah, maka apa salahnya? Jangan hanya berbeza pendapat kita mudah mewahabi orang lain. Melihat kertas putih yang bernoktahkan hitam,ada yang nampak putih,ada yang nampak noktah hitam. Namun kita terlupa bahawa kita melihat kertas yang sama.
Menyebut isu tauliah pula. JAIS perlu faham bahawa tujuan diwujudkan peraturan dan undang-undang adalah untuk ketenteraman awam dan kemaslahatan umat. Perkara utama yang menjustifikasi kewujudan proses tauliah adalah untuk mengelakkan ajaran sesat. Sesatkah Dr Asri?Di mana? Andai kata perbezaan pendapat menjadi isu,raikanlah perbezaan pendapat, barulah boleh berkembang.
My 2 cents. Saya tiada degree dalam Syariah. he he he. Mungkin betul, first we should hang "the lawyer".
Tuesday, November 3, 2009
Sekitar kes DR Asri
Sunday, October 5, 2008
Memilih pemimpin
Isu utama hari ini, pemilihan pemimpin bakal berlaku di kebanyakan parti politik di Malaysia. SS Dr MAZA (Mohd Asri Bin Zainul Abidin) mengulas lanjut isu pemilihan pemimpin ini di blog beliau, Minda Mufti .
Kesimpulan paling utama yang dibuat oleh beliau adalah pemilihan pemimpin mestilah berdasarkan kekuatan kedua-dua aspek iaitu keagamaan dan kepimpinan.
Penulis menyokong penuh tulisan SS Dr MAZA. Namun,memilih pemimpin adalah amat sukar. Pemimpin mungkin boleh digambarkan sebagai seorang yang baik oleh media massa. Propaganda boleh dimainkan oleh orang yang berkemampuan melakukannya.
Andai kata seseorang pemimpin itu baik,beliau mungkin difitnah oleh pemimpin yang tadi. Isu ini mungkin ada dan mungkin tidak ada kena mengena dengan isu semasa tetapi penulis hanyalah bercakap secara umum dengan menggunakan 'common sense'.
Jadi,karakter sebenar pemimpin amat sukar diketahui terutamanya rakyat yang adakalanya langsung tidak pernah bertentang mata dengan pemimpin.
Mungkin keluarga pemimpin mengetahui sikap sebenar pemimpin,tetapi apakah mereka akan memberitahu media bahawa si polan bin si polan ini kaki judi,kaki arak. Sudah tentu tidak,bahkan dalam Islam juga kita tidak dibenarkan mendedahkan keburukan orang lain,tetapi haruslah memberikan nasihat kepadanya. Jadi apakah penyelesainnya?
Pendidikan agama atau kesedaran agama sebenarnya adalah yang terpenting. Andai kata wujudnya kesedaran agama,insya Allah tidak perlulah rakyat bersusah payah memikirkan tentang isu-isu fitnah yang semakin berleluasa.
Jadi,perkara ini sudah berbalik kepada di mana kesedaran agama timbul iaitu diri sendiri,selain dari peranan ibu bapa dalam pembesaran anak-anak. Apa yang jelas,segala-galanya bersangkut-paut. Tidak perlulah kita menyalahkan orang lain,tetapi membetulkan diri sendiri dan orang terdekat sebelum membetulkan orang lain.
P/S: Tulisan penulis adalah lebih kepada menasihati diri sendiri. Insya Allah semoga Allah memberkati kita semua.
P/S: Penulis pernah mendengar,rakyat komen pasal pemimpin rasuah,tetapi mereka terang-terangan "suap" si "mamat baju putih" tu bila nak kena saman.Komen tadi tu sebab tak puas hati pemimpin punya rasuah lagi menguntungkan ke?Renung-renungkanlah,moga kita dijauhkan dari insiden sebegini.